Dengan perkataan silat itu adalah lebih masyhur digunakan. Sebuta selain daripada itu digunakan pada sesuatu daerah yang membawa makna khusus. Misalnya perkataan Gayung secara umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu. Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalalm silat. Perkataan Pencak lebih lumrah digunakan di Indonesia khusunya pada masyarakat Tanah Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minagkabau yang membawa makna plajaran silat Langkah atau Sembilan (mit. jamal 1986). peringkat lanhkah sembilan dan Gelombang Dua belas membolehkan silat menjadi satu permainan tempur ysng didalamnya terdapat serang dan bela diri samada dengan senjata atau tanpa senjata. Perkataan Kali atau Basilat digunakan oleh masyarakat Melayu Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari kayu atau rotan.
Spoiler for ISTILAH SILAT:
Istilah Silat
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya ialah sejenis permainan atau sukan tradisi yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri samada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Permainan tersebut untuk tujuan persembahan ataupun memilih pesilat yang terbaik. maka [ermainan silat atau sukan tradisi rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental. Permainan ini diadakan di masa singgang, bertamat silat, majlis rasmi, nikah kimpoi atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi dengan gendang bersilat. Permainan silat ini kerap dihubungkan dengan nama Silat Pulut atau Gayung Pulut kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal pulut. Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosio budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka persembahan permainan silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan pergendangan silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.
Makna silat sebagai seni persembahan atau Silat Pulut adalah mengikut tafsiran, kefahaman ataau pemerhatian secara umum penyusun kamus tahun70an yang silat kerap dilihat sebagai seni persembahan atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau sebagai ilmu kepahlawanan atau seni perang melayu yang hubunganya dalam isntitusi pertahanan negara. lagipun ketika itu silat telah lama terpinggir dari istana. Silat tidak mempunyai ruang dan kesempatan berkembang maju dalam kemajuan pertahahan sejajar dengan perkembangan negara lain di dunia. Penjajah barat seperti Inggeris misalnya telah memperkenalkan sistem pertahanan barat dengan menubuhkan mata-mata (polis) dan askar sepoi bagi menangani keselamatan negara yang ketika itu mendapat tentangan daripada bekas-bekas pejuang Melayu. dari itu, guru-guru silat amat berhati-hati menampilkan silat dalam masyarakat kerana penjajah mempunyai penafsiran dan pengalaman dalam perang menghadapi pahlawan silat Melayu.
Tidak pula melihat silat sebagai satu institusi pendidikan kepahlawanan Melayu dalam menyumbang kepada pembentukan sosio budaya melalui perndidikan silat tradisi gelanggan bangsal. sebagaimana terkenalnya pendidikan agama dalam masyarakat Melayu melalui institusi pondok. Dalam masyarakat Melayu tradisi dua institusi tersebut amat beasr sumbangannya dari aspek pembinaan jasmani dan rohani atau pembentukan ilmu dan kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggan bangsal dan pondok telah membentuk masyarakat Melayu tradisi yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti. Pendidikan cara hidup pendekar silat yang seimbang dari aspek ilmu, amal dan kemahiran silat dapat membentuk kesempurnaan hidup atau insan.
Pendidikan silat terus manghadapi transformasi pada peranan dan makna sosio budaya Melayu sesuai dengan masa dan keperluan masyarakatmya. Pendidikan silat menumpukan kepada pembangunan manusia dari luaran dan dalaman yang dapat membentuk masyarakat bersisiplin, berakhlak, kendiri, ikhsan, patriotisme, satria, jati diri dan kewarganegaraan yang boleh menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan tenaga bangsa, agama dan negara.
Sejarah silat terpinggir dari istana, silat tidak lagi berkembang dalam isntitusi pertahanan negara sebagai mana asalnya, selama lebih kurang 460 tahun (T.M 1511 -1957). Silat kembali ke pangkuan masyarakat desa dan menumpukan pendidikan insan dan kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata atau menggunakan tulang empat kerat untuk menghadapi lawan tanpa senjata atau bersenjata. Silat hanya meneruskan latihan kemahiran menggunakan senjata senjata tradisi seperti keris, pedang, golok, kerambit, lading, kelawang, tongkat dan sebagainya. bagi silat, snejata adalah alat yang boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Ramai anak muda yang pandai bersilat menyertai pasukan polis dan askar Melayu. Disana mereka masih dapat berbakti kepada negara, DI mana sahaja mereka berada, ilmu silat dijadikan ilmu dalaman yang dapat membantu mereka menjadi pegawai dan pekerja yang baik serta produktif.
Apa yang penting kepad silat ialah siapa yang berada di belakang senjata atau memegang tugas. maka pendidikan sifat mengajar secara langsung atau tidak langsung memiliki pelbagai ilmu lain seperti ilmu firasat, pertolongan cemas, petua, adat sosial, psikologi, pemakanan, politik, sains, sejarah, agama, budaya, kenegaraan, kerohanian dan sebagainya atau ringkasnya ilmu dunia dan akhirat. Tujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Dengan sebab itu, penuntut silat diamanahkan untuk menjaga ilmu jagan sampai ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, hendaklah mengamalkan ilmu dengan yakin dan menggunakan atau meletakkan ilmu di tempat yang betul.